Friday, June 26, 2015

RPH MINGGU 27 (22-26.6.2015)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
22.6. 2015 (Isnin)
KELAS/MASA
5MPV - 10.20 -11.30 pagi
5K5 - 10.20 - 1130
TAJUK PDP
KOMSAS - Pemahaman : Dua Geliga Hikmat
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membaca habis hikayat, memjawab soalan petikan dan bercerita semula.
AKTIVITI
1.Pelajar jawab soalan umum untuk memungkinkkan pelajar mengingat kemblai yang dibaca.
2.Pelajar jawab soalan pemahaman.
3.Perbincangan:
REFLEKSI
Perbincangan menunjukkan pelajar mudah mengalah apabila diminta membaca bahasa klasik.  Kebanyakan tidak habis membaca dan mengadu bahasa klasik susah.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
23.6.2015 (Selasa)
KELAS/MASA
5MPV - 10.20-11.30 pagi
TAJUK PDP
Tatabahasa - Membina Ayat Menggunakan Perkataan  (Kata Kerja) Tanpa Imbuhan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat dengan menggunakan perkataan kata kerja tanpa imbuhan (ayat pasif pelaku pertama)
AKTIVITI
1. Pelajar membaca petikan pendek.
2. Guru memetik ayat yang mengandungi ayat aktif dan menerangkan jneis ayat tersebut.
3. Pelajar diminta menyebut ayat-ayat aktif lain.
4. Pelajar diminta menyatakan ayat berkenaan dengan cara lain.
5. Guru menerangkan ragam ayat tersebut: Ayat Pasif Susunan Biasa dan Sungsang.
6. Pelajar menukarkan semua ayat aktif dalam teks kepada ayat pasif biasa dan sungsang.
 REFLEKSI
Ada beberapa orang pelajar melakukan kesilapan dan kesilapan itu diamblil peluang oleh guru untuk menerangkan hukum aneksi persona semasa menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
24..2015 (Rabu )
KELAS/MASA
5K5 (0845-920) dan 5MPV (1130-1245)
TAJUK PDP
KOMSAS - Pemahaman : Idola
OBJEKTIF PDP
Pelajar membaca keseluruhan cerpen dan dapat menceritakan ringksannya sambil menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.
AKTIVITI
1.Pelajar menjawab soalan umum tentang keseluruhan cerpen.
2.Dua orang pelajar diminta bercerita secararingkas tentang cerpen Idola.
3. Pelajar jawab soalan daripada petikan yang diedarkan.
4.Pelajar menyatakan jawapan secara lisan.
5.Jawapan pelajar dibincangkan dan pembeulan dibuat secara spontan.
6.Pelajar diingat supaya selalu ingat akan cara menjawab soalan pemahaman secara lebih gramatis.

REFLEKSI
Beberapa orang pelajar yang dikenal pasti memang kurang berminat untuk belajar . Mereka memberi alasan lupa pada rakan mereka yang lain sudah ingat.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
25.6.2015 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 - 09.45-10.20 pagi
TAJUK PDP
Latihan ulangan (latih tubi)
OBJEKTIF PDP
Pelajar ingat akan menggunakan perkataan tanpa imbuhan dalam ayat.
AKTIVITI
1.Guru mengedarkan latihan.
2.Pelajar buat tanpa bantuan.
3.Jawapan pelajar diteliti. Jika semua boleh buat guru akan beralih ke tajuk lain.
4.* Membina ayat menggunakan kosa kata dalam petikan komsas.
REFLEKSI
Pelajar sangat perlahan untuk memahami teks. Mereka kurang fokus membaca (belum betul - betul serius. Pelajar diajar menerangkan maksud ayat demi ayat dengan mengkhayallkan maksud ayat.
*Inilah punca mereka tidak dapat menawab soalan walaupun yang mudah.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
26.6.2015 (Jumaat)
KELAS/MASA
5K5 - 0815-0945 pagi
TAJUK PDP
Latihan Tatabahasa - Membina ayat
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat menggunakan perkataan yang diberikan.
AKTIVITI
1.Pelajar mengulangani pelajaran lepas: menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif pelaku pertama sahaja.
2.Jawapan pelajar digunakan untuk memaklumkan bahawa ayat pasif dibina untuk membina ayat yang mengguakan kata kera tanpa imbuhan.
3.Pelajar membuat latihan.

No comments: