Saturday, June 20, 2015

RPH MINGGU 26 (15 - 19.6.2015)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu 
TARIKH/HARI
15.6. 2015 (Isnin)
KELAS/MASA
5MPV - 10.20 -11.30 pagi
5K5 - 10.20 - 1130
TAJUK PDP
Pemulanhan Kertas BM 1 & 2 dan Pembetulan 
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan dapat membina ayat
topik untuk karangan pilihan.
AKTIVITI
1.Pelajar mendapatkan kertas jawapan balik.
2.Pelajar nyatakan isi-isi bagi soalan Karangan A berdasarkan ransangan soalan.
3.Pelajaar bina ayat topik dan menghuraikannya.
4.Guru semak kelemahan pelajar
REFLEKSI
Pelajar masih lemah dalam menghuraikan isi walaupun 
memperlihatkan peningkatan dari segi markah karangan.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
16.6.2015 (Selasa)
KELAS/MASA
5MPV - 10.20-11.30 pagi
TAJUK PDP
Pembetulan Pemulisan Karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina pendahuluan yang tepat dan utuh untuk
karangan yang diberikan.Pelajar dapat menghuraikan isi yang
dibincangkan dengan
memperlihatkan unsur tautan ayat, runtutan idea dan tatabahasa
yang betul.
AKTIVITI
1.Pelajar baca soalan dan nyatakan kata kuci.
2.Pelajar nyatakan kehendak soalan (isu utama).
2.Pelajar bina perenggan pendahuluan.
3.Pelajar nyatakan hasl perbincangan.
4.Guru semak dan bincangkan kelemahan dan kekuatan.
5.Pelajar bina ayat topik bagi isi pertama.
6.Guru semak ayat topik pelajar.
7.Pelajar menghuraikan ayat topik yang dibina.
8.Guru semak hasil kerja pelajar.
REFLEKSI
Pelajar memperlihatkan kesungguhan belajar walaupun masih ada
dua tiga orang yang belum dapat menghuraikan isi 
dengan lebih matang.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
17..2015 (Rabu )
KELAS/MASA
5K5 (845-920) dan 5MPV (1130-1245)
TAJUK PDP
Pembetulan Karangan :Kesan Merokok
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menjana isi-isi utama, menjana ayat topik dan menghuraikan
satu isi utama.
AKTIVITI
1.Pelajar baca soalan.
2.Pelajar nyatakan kata kunci dalam soalan.
3.Pelajar nyatakan isu utama.
4.Pelajar tulis ayat topik yang ditaut dengan isu utama.
5.Pelajar menghuraikan ayat topik.
6.Guru menilai hasil kerja pelajar di papan tulis dan 
membincangkannya dari segi kekuatan dan kelemhan.
REFLEKSI


Pelajar dari 5K5 masih sangat perlahan dan lemah untuk
 membina ayat topik. 
Mereka mudah lupa. Mereka hanya lancar buat ayat setelah
melihat yang pertama.
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
18.6.2015 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 - 09.45-10.20 pagi
TAJUK PDP
Pembetulan Tatabahasa (Soalan Bahagian 3)
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat pasif susunan biasa dan
susunan songsang.
AKTIVITI
1.Pelajar membaca soalan 3a Kertas 2 .
2.Guru menerangkan sebab ayat pelajar salah.
3.Guru menyatakan ayat yang betul dan menyatakan nama
jenis ayat-ayat tersebut: Ayat Pasif
4.Pelajar dipelihatkan proses perubahan ayat aktif kepada 
ayat pasif 
yang subjeknya terdiri dariada pelaku pertama.
5.Pelajar diberi latihan.
6.Perbincangan.
REFLEKSI
Hanya beberapa orang pelajar menunjukkan pemahaman. Yang 
lain masih membuat kesilapan.*Pemahaman pelajar sangat 
sederhana tetapi masih boleh dipupuk.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
196.2015 (Jumaat)
KELAS/MASA
5K5 - 0815-0945 pgi
TAJUK PDP
Pembetulan: Ayat Pasif Pelaku Pertama
OBJEKTIF PDP
Pelajar membina ayat dengan menggunakan kata kerja 
tanpa imbuhan :  Membina Ayat Pasif
AKTIVITI
Guru meminta pelajar membezakan kata nama diri pertama,, kedua
dan ketiga. 
2.Guru menyenaraikan ayat aktif yang menggunakan kata ganti
diri pertama sahaja.
3.Pelajar menukarkannya kepada ayat pasif. (ditulis di papan hitam)/
4.Pelajar menukarkan ayat pasif biasa kepada susunan songang.
REFLEKSI
Strategi penggunaan Latihan yang berulang dan banyak berjaya
membolehkan pelajar membina ayat yang menggunakan kata
kerja tanpa imbuhan.

No comments: