Wednesday, March 9, 2016

RPH M1 - 8 (4.1 - 22.2.2016)

RPH M1 (4 – 8.1.2016)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
4.1.2016 (ISNIN) * Hari Pertama Persekolahan sesi 2016
KELAS/MASA
5K5 dan 5MPV /7.05-0815 dan 0945-1055
TAJUK PDP
Karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menulis dan menghabiskan tugasan yang diberikan.
AKTIVITI
1.Guru mengambil 45 minit untuk berkenalan dengan pelajar sambil menerangkan skop pelajaran dan rasional datang ke sekolah.
2.Pelajar diberikan tugasan untuk disiapkan: Huraikan pernyataan di bawah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. (Bapa saya sedang menebas rumput)
3.Pelajar tidak dibimbing namun ditegaskan supaya membaca arahan dan mengikut arahan.
REFLEKSI
Pelajar diberikan tugasan (menulis karangan tanpa bimbingan daripada guru untuk tujuan menguji tahap kemahiran menulis pelajar. Markah akan diberikan untuk rujukan dan melihat perkembangan pelajar sehingga peperiksaan awal tahun nanti.

Sehingga loceng berbunyi hanya seorang pelajar (Luciana L sahaja dari MPV dan tiada pelajar  dari 5K5   yang dapat menulis sehingga 50 perkataan.

Pelajar yang lain mengadu tidak faham soalan, tidak pandai, tidak ada idea, soalan pelik.

Guru sememangya menjangkakan kelemahan dan alasan yang diberikan pelajar. * Tiada PdP BM setiap hari selasa.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
6.1.2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5, 5MPV (0705-0815, 10.20-11.30)
TAJUK PDP
sambung Membina Karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menembangkan pernayataan dengan menggunakan diksi yang tepat dan relevan.
AKTIVITI
1.Pelajar baca soalan dua kali dan kemudian menerangkan maksud yang dibaca.
2. Pelajar menggariskan perkataan yang perlu diperjelas dalam ayat topic (soalan).
3.Pelajar beri perkataan yang relevan dan tepat untuk menerangkan elemen dalam ayat topik.
4.Pelajar berlakon mengikut ayat yang diberikan (bapa sedang menebas rumput).
5. Pelajar menerangkan perlakuan bapa.
6.Pelajar menulis karangan.
7. Pelajar hantar karangan dan guru semak.
REFLEKSI
Hanya 4 pelajar yang berjaya menghantar karangan. Selebihnya masih sedaya upaya menghabiskan kerja.



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
7.1.2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 -1020-1130
TAJUK PDP
Sambungan Membina Karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat-ayat yang bertautan dan beruntutan yang lebih khusus dan terpernci.
AKTIVITI
1.Guru menulis sebuah peryataan yang baru: Kucing itu kelihatan kesakitan.
2.Pelajar mengenal pasti predikat ayat sambil menggariskan perkataan yang memerlukan penghuraian.
3.Pelajar menyatakan perkataan berkaitan dengan kata kesakitan.
4.Pelajar menggunakan perkataan (diksi) yang disenarakan untuk membina ayat bagi menghurakan perkataan kesakitan.
5.Guru menyemak secara individu.
REFLEKSI
Walaupun tidak semua pelajar dapat membina ayat untuk mengungkapkan idea yang bertautan dan beruntutan namun pelajar sudah mula dapat menanggap maksud runtutan dan jalinan idea semasa menghuraikan isi.
Guru menggunakan potensi ini untuk terus mengasahkan pemahaman pelajar. Pelajar yang lemah akan cuba dibantu perlahan mengikut tahap mereka.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
23.1.2015 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815), 5K5 (1040-1140)
TAJUK PDP
Sambungan Menghuraikan Pernyataan (Kemahiran Menulis)
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat-ayat yang gramatis dan ayat-ayat yang berjalinan/bertautan/beruntutan untuk menerbitkan satu wacana karangan/penulisan yang utuh.
AKTIVITI
1.Guru minta pelajar menulis karangan terdahulu (karangan yang terpilih) di papan tulis.
2.Pelajar dibimbing menilai ayat-ayat dari aspek kekuatan dan kelemahan. Guru menyatakan sebab-sebab ketepatan/kelemahan ayat pelajar.
3.Guru beri pernyataan baru untuk pelajar 5MPV sementara untuk 5K5 menyambung pelajaran kelmarinnya iaitu menulis dan enghuraikan pernyataan yang diberikan.
4. Pelajar menghuraikan pernyataan. Guru minta pelajar mengenal pasti bahagian ayat yang memerlukan pengjelesan.
5. Pelajar memberikan perkataan (diksi) yang relevan dan tepat untuk menerangkan maksud ‘kesakitan’ dalam ayat Anak kucing itu kesakitan.
6.Pelajar membina ayat untuk menghuraikan ayat topic yang disediakan.
7.Guru mengenal pasti pelajar yang lemah dan membantu mereka.
REFLEKSI
Walaupun pelajar 5MPV keseluruhannya lebih tinggi tahap kemahiran berbahasabebanding 5K5 namun masih ada sekumpulan 7  orang pelajar 5MPV masih perlu bimbingan khusus. Binaan ayat masih tidak gramatis. Masih lemah mencari perkataan yang tepat untuk menjelaskan sesuatu situasi. (semantik).  






RPH Minggu 2 (11-15.1.2016)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
11.1.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP
Merumuskan Karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat merumuskan petikan karangan.
AKTIVITI
1.Pelajar baca soalan dan arahan.
2.Pelajar menggariskan perkataan penting dalam soalan.
3.Pelajar memberikan perkataan lain untuk menggantikan kata kunci dalam soalan.
 4.Pelajar bina ayat permulaan. Guru bantu dan perbetulkan yang salah diiringi  penerangan.
5. Pelajar kenal pasti ayat-ayat yang mengungkapkan faedah permainan tradisional.
6.Guru bantu dari aspek penulisan ayat yang lebih tepat dan gramtis.
7.Pelajar menacari isi tersirat. Guru bantu pelajar  bina ayat  untuk mengungkapkan isi tersirat.
8.Pelajar membina ayat penutup.
REFLEKSI
9/29 orang pelajar 5K5 tidak membuat kerja rumah. 5/23 pelajar 5MPV tidak membuat kerja rumah. Hasil semakan secara rawak dan selayang pandang, pelajar masih membina ayat mula yang salah/kurang tepat, ayat-ayat yang tidak gramatis, memetik terus ayat asal tanpa mengubahnya. Untuk membaiki keadaan, guru menyoal pelajar untuk memberikan jawapan dalam bentuk ayat yang dijangkakan.Pelajar dimaklumkan sebab kesilapan ayat mereka. Pelajar sedar akan kesilapan.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
12.1.2016 (Selasa)
KELAS/MASA

OBJEKTIF PDP
Tiada pdp hari ini bagi kedua-dua kelas.
AKTIVITI

REFLEKSI
Mesyuarat Pengurusan 11.00 pagi . Mesyuarat Bidang Bahasa 2.15 petang.

Antara Perkara yang disentuh dalam kedua-dua mesyuarat: Sukatan Pelajaran, RPT, RPH, Pencerapan, KPI Panitia, Pelan Strategik, PLC,

*Guru juga sibuk mengurus PROBIM (Program Baca Tulis BM- 10 jenis DATA dari 2011 -2015)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
13.1. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
PEMAHAMAN – PERMAINAN TRADISIONAL
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat gramatis dan bervariasi.
AKTIVITI
1.Pelajar baca senyap.
2.Pelajar baca nyaring.
3.Pelajar nyatakan makna perkataan sukar untuk koa kata.
4.Pelajar jawab soalan lisan dan bertulis.
5.Guru bimbing pelajar cara yang betul menjawab soalan.
REFLEKSI
Pdp 5K5 di atas tidak dapat dilaksanakan.
Dari pukul 0705 hingga 10.00 pelajar sesi pagi mendaftar untuk kokurikulum.
Pdp 5MPV juga tidak diadakan, guru perlu menyelesaikan masalah mencari data PROBIM (10 jenis borang untuk data PROBIM) segera.
Guru tidak boleh mengedar borang melalui guru untuk elak kelewatan dapat data. Guru kena masuk semua 27 kelas sesi pagi dan 41 kelas sesi petang. Borang yang lain diedarkan kepada En. Johnny Dondng, Pn. Satifah dan Cik Thian untuk peroleh data yang berkaitan.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
14.1. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi
TAJUK PDP
PEMAHAMAN – PERMAINAN TRADISIONAL
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat gramatis dan bervariasi.
AKTIVITI
1.Pelajar baca senyap.
2.Pelajar baca nyaring.
3.Pelajar nyatakan makna perkataan sukar untuk kosa kata.
4.Pelajar jawab soalan lisan dan bertulis.
5.Guru bimbing pelajar cara yang betul menjawab soalan.
REFLEKSI
Guru masih belum dapat mengesan secara khusus pelajar yang lemah. Pelajar yang ditanya soalan dapat menjawab soalan dengan baik walaupun ayat masih tidak gramatis. Guru mengajar penggunaan ayat bervariasi untuk mejawab soalan pemahaman. Pelajar kelihatan faham. Penilian awal ini akan didapat dikesan dalam pdp seterusnya dan melalui keja menyemak nani.   Pelajar seronok belajar kecuali 2 orang agak kurang fokus.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
15.1.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
Pemahaman
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat gramatis dan bervariasi.
AKTIVITI
1.Pelajar baca senyap.
2.Pelajar baca nyaring.
3.Pelajar nyatakan makna perkataan sukar untuk koa kata.
4.Pelajar jawab soalan lisan dan bertulis.
5.Guru bimbing pelajar cara yang betul menjawab soalan.
6. Pelajar buat pembetulan dan hantar buku latihan.
REFLEKSI
Kebanyakan ayat yang menggunakan kata pemeri ‘ialah’ bagi menjawab soalan apa menyalahi tatabahasa. Hal ini sudah dijangkakan guru.
Guru membimbing pelajar menjawab soalan-soalan pemahaman dengan menggunakan variasi yang bebeza. Pelajar juga tidak menjawab soalan dengan menggunakan ayat penuh. Hal ini juga ditegur guru.




MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
15.1.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815), 5K5 (1040-1140)
TAJUK PDP
Latihan Tatabahasa berdasarkan Pemahaman Permainan Tradisional (Sintaksis dan Semantik)
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat menggunakan kata dasar dan kata terbitan.( untuk membina kosa kata dan membina pemahaman tentang sintaksis dan semantik).
AKTIVITI
1.Berdasarkan petikan pemahaman sebelum ini, guru mengemukakan perkataan ‘penduduk’.
2.Pelajar ditanya kata dasar penduduk.
3.Pelajar dalam kumpulan 4 orang menyenaraikan seberapa banyak perkataan terbitan yang bermula dari kata dasar duduk.
4.Pelajar menyatakan jawapan.
5.Pelajar mengenal pasti kata dasar daripada kata terbitan yang disenaraikan.
6.Guru memaklumkan maksud kata terbitan, kata dasar, dan kata akar dengan mengambil contoh yang diberi pelajar.
7. Latihan: Pelajar membina ayat daripada kata terbitan – menduduki, mendudukkan, kedudukan, kependudukan, terduduk, penduduk, duduk.
8. Hasil kerja pelajar ditulis di papan tulis untuk disemak bersama-sama.
REFLEKSI
Pdp mudah disampaikan dan pelajar mudah menjawab soalan. Namun pelajar kesukaran memibina ayat terutama yang menggunakan menduduki dan mendudukkan. Pelajar tidak tahu maksud kepdendudukan.

RPH Minggu 3 18-22.1.2016

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
18.1.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP
Tatabahasa – Membina Ayat (Semantik/Kosa kata)
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menambah kosa kata, dapat membina ayat gramatis dan bermakna dengan menggunakan perkataan yang diberikan.
AKTIVITI
1.Pelajar menyatakan maksud frasa ‘semakin terpinggir’ seperti yang terdapat dalam petikan.
2.Pelajar membincangkan maksud pinggir dengan lebih terperinci – pelajar ditanya pinggir apa untuk membantu pelajar menanggap maksud pinggir agar mereka dapat membina ayat yang bermakna.
3.Ayat pelajar ditulis di papan tulis untuk disemak bagi membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan.
4. Guru menambah latihan jika pelajar dapat membuat kerja cepat.
REFLEKSI
Pelajar 5K5 masih perludi kerah dan dipantau sepenuhnya. Guru mengenal pasti pelajar yang masih sangat lemah dalam membina ayat. Ada 7 orang sangat lemah sentiasa memberitahu tidak ada idea.Terdapat 6 – 7 orang pandai membina ayat yang gramatis dan bermakna.

  • Tiada pdp BM setiap Selasa.






MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
20.1. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
Karangan – Membina Perenggan Pendahuluan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menenal pasti organisasi sebuah teks  karangan dan aspek atau ciri yang membina sebuah pendahuluan karangan yang menggambarkan wacana sebuah pendahuluan yang utuh.
AKTIVITI
1.Pelajar ditanya beberapa soalan:
a. Berapa markah karangan bahagian B  dalam Kertas 1 SPM? (100 markah)
b.Sesebuah karangan mesti ada apa? Pendahuluan, Isi dan Penutup.
c.Berapa isi minimum dan isi yang digalakkan untuk ditulis ? (3 isi minimum dan 5 isi yang digalakkan)
d. Untuk memperoleh gred A dalam karangan,calon mesti menulis apa dalam karangannya?....Pendahuluan yang baik, Isi yang cukup dan menarik, Kesimpulan /Penutup yang baik. Salah satu tidak ada, karangan tidak akan diberikan Gred A.
2. Guru tulis soalan karangan di papan tulis: Huraikan
pendapat anda tentang punca-punca tanah runtuh?
3. Guru maklumkan pelajar tujuan/objektif pdp: Untuk membina perenggan pendahuluan karangan yang utuh.
4.Pelajar menyatakan/menggariskan kata kunci dalam soalan: punca-punca tanah runtuh
5.Guru tanya pelajar: Apakah ISU dalam soalan yang ditanya/ soalan yang diminta kita karangkan? ..punca-punca tanah runtuh.
* Sekarang saya beri kamu 3 minit untuk mula tulis ayat pertama.
6.Guru melakar kotak pendahuluan untuk menerangkan binaan pendahuluan sambil menerangkan kandungan dalam pendahuluan:

Latar belakang tentang isu: punca tanah runtuh
Ayat isu yang dikaitkan dengan latar belakang di atas.
7. Pelajar menulis ayat yang mengungkapkan latar belakang tentang isu.
- pelajar diminta menggunakan teknik 4W1H.
-pelajar diberitahu supaya tidak menulis isu dahulu tetapi jawab soalan APA itu tanah runtuh, Di mana tanah runtuh perah berlaku, Apa akibat tanah runtuh?
8. Pelajar nyatakan ayat yang dihasilkan dan menulisnya di papan tulis.
9. Ayat pelajar dibincangkan dan diperbetulkan konsep dan tatabahasanya.
10.Guru minta pelajar menyambungkan ayat “Oleh sebab tanah runtuh boleh…………., punca-punca tanah runtuh harus di……………
11. Pelajar menulis ayat di papan tulis. Guru semak dan petbetulkan. Beri sebab kesilapan. Puji yang baik dan hampir betul.
12. Pelajar diminta menyalin semula  semua yang sudah ditulis dan masuk dalam perenggan pendahuluan. Pelajar diingatkan supaya tidak memadam apa-apa yang disuruh guru tulis untuk melihat proses pembelajaran.
REFLEKSI
* Seperti dijangka, pelajar menyatakan tidak ada idea/belum ada idea untuk memulakan ayat pendahuluan. Guru sudah menjangkakan mereka tidak ingat/tidak tahu teknik memulakan pendahuluan. Guru meneruskan langkah  6. Langkah 6 dan 7 mengambil masa yang lama untuk memahamkan pelajar.  Hasil ketja pelajar menunjukkan mereka sangat terhad kosa kata. Guru akhirnya membimbing dengan  memberi klu tentang tanah runtuh supaya mereka mendefisnisi sendiri tanah runth. Pelajar masih betul-betul mahir menulis ayat isu  yang bertaut an beruntut dengan latar belakang. Oleh itu guru memandu pelajar supaya memahami maksud ayat isu yang ditautkan dengan ayat latar belakang. Pdp masih berjaya mencapai objektif . Pelajar memerlukan latihan latih tubi./pengukuhan.
Kes 5K5 dengan 5MPV adalah sama. Bezanya lebih ramai pelajar 5K5 yang agak perlahan untuk memahami penerangan guru dan kemahiran sedia ada pun agak  lebih rendah berbanding 5MPV. Terdapat 4 orang pelajar 5MPV sangat lemah. Selalu berakhir dengan tiada apa-apa yang ditulis.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
21.1. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi
TAJUK PDP
Latian Pengukuhan: Membina Perenggan Pendahuluan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina perenggan pendahuluan yang utuh: mempertlihatkan ayat-ayat yang mengungkapkan latar belakang yang relevan dengan isu dan menaut/menjalinkan ayat isu dengan latar belakang.
AKTIVITI
1.Guru menulis objektif di papan tulis.: Pelajar dapat membina perenggan pengenalan yang ada ciri wacana pendahuluan iaitu ayat ang mengungkapkan latar belakang isu yang ditulis secara menarik berkembang ke arah isu karangan..
2.Guru menulis soalan/isu baru: Huraikan cara-cara menanam rasa sayang kepada tanah air  berserta 4 poin isi  berserta gambar jalur gemilang
- sertai program kenegaraan, kibar jalur gemilang, tahu latar belakang Negara dan ambil bahagian dalam kempen patriotik
3.Pelajar menyatakan kata kunci.
4. Pelajar memberikan perkataan yang sinonim dengan kata kunci.
5.Guru menanyakan pelajar maksud latar belakang dalam pereggan pengenalan.
6.Pelajar menulis/mula menulis ayat pendahuluan.
7.Pelajar menulis ayat yang mengungkapkan isu utama selepas habis menulis latar belakang. Hasil kerja pelajar ditulis di papan hitam untuk dinilai bersama.
REFLEKSI
Pelajar masih perlu diperjelas maksud ayat-ayat yang mengungkapkan latar belakang dan teknik soalan 4w1h untuk membolehkan pelajar dapat memulakan menulis. Pelajar dapat menulis dan menjawab soalan apabila ditanya: Apa maksud sifat sayang kepada tanah air? Kenapa perlu cinta kpd tanah air? Apa terjadi jika kita tidak cinta pada tanah air? 
Masih ada pelajar belum betul-betul faham maksud konsep penjalinan latar belakang dengan isu utama dalam peengan pendahuluan.Guru minta pelajar melengkapkan frasa, oleh sebab yang demikian, kita harus……rujuk soalan/isu.
Pelajar memperlihatkan isyaraht faham tetapi belum yakin. Walaubagaimana pun haisl kerja pelajar diihat berpotensi untuk memahami yang diajar. 

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
22.1.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
Latian Pengukuhan: Membina Perenggan Pendahuluan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina perenggan pendahuluan yang utuh: mempertlihatkan ayat-ayat yang mengungkapkan latar belakang yang relevan dengan isu dan menaut/menjalinkan ayat isu dengan latar belakang.
AKTIVITI
1.Guru menulis objektif di papan tulis.: Pelajar dapat membina perenggan pengenalan yang ada ciri wacana pendahuluan iaitu ayat ang mengungkapkan latar belakang isu yang ditulis secara menarik berkembang ke arah isu karangan..
2.Guru menulis soalan/isu baru: Huraikan cara-cara menanam rasa sayang kepada tanah air  berserta 4 poin isi  berserta gambar jalur gemilang
- sertai program kenegaraan, kibar jalur gemilang, tahu latar belakang Negara dan ambil bahagian dalam kempen patriotik
3.Pelajar menyatakan kata kunci.
4. Pelajar memberikan perkataan yang sinonim dengan kata kunci.
5.Guru menanyakan pelajar maksud latar belakang dalam pereggan pengenalan.
6.Pelajar menulis/mula menulis ayat pendahuluan.
7.Pelajar menulis ayat yang mengungkapkan isu utama selepas habis menulis latar belakang.
8. Hasil kerja pelajar ditulis di papan hitam untuk dinilai bersama.
REFLEKSI
Pelajar  dapat menjawab dan menulis jawapan tetapi mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas. Guru masih perlu menggunakan teknik penyoalan unuk membuat pelajar berfikir. Hasil kerja pelajar masih boleh diperbaiki.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
22.1.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
 5K5 (1040-1140)
TAJUK PDP
Menulis pernayataan sebelum mengarang (semantik dan sintaksis).
OBJEKTIF PDP
Pelajar data mendefinisi frasa dan pernyataan meggunakan penalan 4W1H.
AKTIVITI
1.Pelajar baca soalan karangan yang diberikan kelmarin.
2.Guru maklumkan objekif pdp mentakrifkan perkataan,frasa (kata, kata nama majmu, ragkai kata, atau ayat).
3.*Pelajar menerangkan dan menulis maksud dalam ayat penuh:Guru pantau pelajar supaya menulis bukan cakap kosong tetapi tangan tak bergerak
a. tanah terhakis – kata sinonim, apa yang terhakis, apa hakis – tidak lagi padat, longgar, kikis, berjatuhan, lari dari posisi
b. pembangunan di lereng bukit – kata sinonim, siapa buat bangunan, di mana, kenapa, apa terjadi,
c.kadar hujan yang tingi –
aktiviti pembalakan – kata sinonim, apa terjadi/akbat
4. Guru semak kerja pelajar dan buat pembetulan ayat.
REFLEKSI
*Pdp tidak akan berpindah terus ke binaan perenggan isi. Pelajar diberi peluang menulis secara bebas untk memina idea melalui soal jawab dan menulis jawapan supaya guru boleh melihat hasil kerja.

RPH Minggu 4 18-22.1.2016
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
25.1.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP
Membina Perenggan Isi – punca-punca tanah runtuh
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat topik yang jelas, relevan, bertautan dengan isu utama, dan gramatis.
AKTIVITI
1.Ulang kaji-  Pelajar menyatakan organisasi karangan: pendahuluan, isi dan penutup.
2. Guru maklumkan tujuan pdp hari ini.
3.Pelajar baca isi-isi karangan yang diberikan.
4.Pelajar dalam kumpulan berbincang untuk membina ayat topik pertama bagi perenggan pertama.
5.Wakil pelajar dalam kumpulan diminta menulis ayat topik di papan hitam.
6. Ayat topik dibincangkan dari sudut: kejelasan (semantik), relevan dengan isu, bertautan dengan isu (ada wacana tautan dan runttan), mematuhi tatabahasa.
7.Pelajar dimnta membina semula ayat topik untu membetulan yang silap.
8. Ulang lagkah 4-7.
REFLEKSI
Pelajar 5K5 membuat kerja membina huraian dalam kumpulan. Mereka boleh menjawab soalan secara lisan tetapi apabila menulis, berlaku banyak kesilapan. Guru memberikan perhatian invididu dan melambatkan penyamapaian pdp. Pdp terhenti pada langkah 4 dan 5 sahaja untuk membolehkan peljar dibeikan peluang seluas-luasnya mengambil bahagian.

Pelajar 5MPV seperti 5K5 dapat mengambil bahagian membina ayat topik secara lisan dan menghuraikan isi namun apabila menulis hanya dua tiga orang sahaja ang boleh menulis dengan baik.Mereka kelihatan aktif namun krang dalam menulis.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
26.1.2016 (Selasa)
KELAS/MASA

OBJEKTIF PDP
Tiada Kelas BM hari ini.
AKTIVITI

REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
27.1. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
Sambungan latihan membina perenggan isi
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina ayat topik dan mengembangkan ayat topik.
AKTIVITI
1.Pelajar dalam kumpulan membia ayat topik. (isi ketiga- pembangunan di lereng bukit).
2.Pelajar menyatakan ayat topik dan menulisnya di papan tulis.
3.Perbincangan – guru membimbing dan menerangkan sebab silapnya atau betulnya ayat topik peajar.
4. Pelajar menyalin ayat topik yang telah dipersetujui.
5.Pelajar menggunakan teknik 4W1H menghuraikan ayat topik: Apakah yang dimaksudkan pembangunan di lereng bukit? Kenapa atau bagaimana pembangunan di lereng bukit boleh menyebabkan tanah runtuh?

REFLEKSI
Pelajar kelas 5K5: Masih adabanyak  pelajar tidak faham arahan mudah. Tidak faham maksud membina ayat topik. Sebaliknya mereka saling meniru rakan yang membuat  silap iaitu menghuraikan ayat topik yang diulis rakannya kononnya untuk memina ayat topk yang berbeza. Guru kena menerangkan semula dan mengajak seluruh kelas berlatih membina ayat topik lagi dan menghuraikan ditangguhkan. Pelajar mahu belajar tetapi sangat pelahan untuk faham. Kerja rumah dan bawa esoknya: Bina ayat topik untuk megugapkan isi yang keempat bagi isu yang sama.

Pelajar 5MPV menunjukkan kebolehan membina ayat topik. Hanya 2-3 orang yang masih kurang faham  untuk membina ayat topik. Pelajar dapat meghuraikan ayat topik walaupun dengan ayat-ayat yang kurang gramatis. Guru ambil masa menerapkan maksud keterangan dalam ayat, subjek dalam dan predikat.



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
28.1. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi
TAJUK PDP
Membina perenggan penutup karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina perenggan penutup karangan yang memperlihatkan ciri wacana penutup yang baik.
AKTIVITI
1.Guru memberikan pelajar mengemukakan peluang untuk pelajar membina penutup sendiri.
2.Pelajar menulis di papan hitam.
3.Guru menanyakan fungsi setiap pernyataan yang ditulis.(i) Adakah ayatnya merumus isi-isi yang disentuh
(ii) Adakah penulis mencadangkan sesuatu berdasarkan punca dan akibat kejadian?
(iii) Apkah pendirian pelajar tentang isu?
4.Guru meminta pelajar merumus isi-isi yang disentuh: Apakah perkataan yang sinonim atau perkataan yang boleh merumuskan keempat-keempat punca?
5.Pelajar menyatakan jawapan dan menulisnya di papan tulis.
6. *Jika pelajar gagal menghasilkan ayat rumusan, guru meminta pelajar mencari perkataan yang sinonim dengan: kejadiaan dan mengolongkan  punca hujan dan hakisan dengan satu perkataan , dan  punca bina rumah dan tebang pokok dalam satu perkataan yang bebeza
7.Pelajar menyatakan jawapan.
REFLEKSI
Pdp di atas tidak dapat dijalankan. Terdapar 19 orang pelajar tidak membuat kerja rumah (bina ayat topik dan menghuraikan isi keempat). Guru melaksanakan pdp bina ayat topik dan menghuraikan isi lagi.
Hasil pdp: Sekurang-kurangny 80%  pelajar melalui proses membina ayat topik  dan menghuraikan secara individu dan kemudian berbincang dengan guru.
Pelajar dapat menulis ayat topik dan huraian pelajar menunjukkan mereka boleh berfikir dan ada idea dan faham.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
29.1.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
Membina perenggan penutup karangan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membina perenggan penutup karangan yang memperlihatkan ciri wacana penutup yang baik.
AKTIVITI
1.Guru memberikan pelajar mengemukakan peluang untuk pelajar membina penutup sendiri.
2.Pelajar menulis di papan hitam.
3.Guru menanyakan fungsi setiap pernyataan yang ditulis.(i) Adakah ayatnya merumus isi-isi yang disentuh
(ii) Adakah penulis mencadangkan sesuatu berdasarkan punca dan akibat kejadian?
(iii) Apkah pendirian pelajar tentang isu?
4.Guru meminta pelajar merumus isi-isi yang disentuh: Apakah perkataan yang sinonim atau perkataan yang boleh merumuskan keempat-keempat punca?
5.Pelajar menyatakan jawapan dan menulisnya di papan tulis.
6. *Jika pelajar gagal menghasilkan ayat rumusan, guru meminta pelajar mencari perkataan yang sinonim dengan: kejadiaan dan mengolongkan  punca hujan dan hakisan dengan satu perkataan , dan  punca bina rumah dan tebang pokok dalam satu perkataan yang bebeza
7.Pelajar menyatakan jawapan.
REFLEKSI
5MPV: Pdp berjaan lancar. Pelajar hanya berjaya menjalankan aktiviti menulis ayat rumusan dan ayat cadangan. dalam perenggan penutup. Pdp akan diulang minggu depan.

5K5: Pelajar hanya dapat menjalankan aktiviti membina ayat rumusan – pelajar mengambil masa panjang untuk memahami maksud merumus isi-isi. *6 Strategi guru untuk membolehkan pelajar befikir berjaya.

Pdp membina perenggan penutup akan diadakan lagi minggu depan.


RPH MINGGU 5( 1.2.2016)
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
1.2.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP
Pemahaman – Petikan Kebaikan Makan Coklat dan Langkah Untuk Memajukan Industri Coklat
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dalam kumpulan dan menyatakan kata sinonim dengan perkataan yang dipilih(semantik).
AKTIVITI
1.Dua tiga orang pelajar baca nyaring petikan. Guru semak dan buat pembetulan intonasi dan sebutan.
2.Pelajar beri kata sinonim: menikmati, sumber, ransangan, diramalkan, membeku,
3. Pelajar dalam kumpulan jawab soalan bertulis.(Mengapakah rakyat suka membei coklat import?)
4. Pelajar bentang jawapan.
5. Perbincangan. Guru semak jawapan dari aspek kerelevanan, ejaan,  tanda baca dan variasi ayat.
REFLEKSI



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
2.2.2016 (Selasa)
KELAS/MASA

OBJEKTIF PDP
Tiada Kelas BM hari ini.
AKTIVITI

REFLEKSI



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
3.2. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
Rumusan  - Merumuskan petikan
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat merumuskan petikan.
AKTIVITI
1.Pelajar baca arahan dan soalan.
2.Pelajar beri sinonim perkataan penting dalam soalan.
3.Pelajar membina ayat pertama.
4. Guru semak individu untuk memastikan setiap pelajar sudah tahu cara memulakan rumusan. * Jangkaan akan masih ada pelajar tidak tahu khususnya kelas 5K5.
5.Pelajar nyatakan jawapan: Isi tersurat.
6. Pelajar menulis ayat di papan hitam.
7. Guru bincangkan aspek variasi ayat dan ketepatan isi.
8. Pelajar membuat pembetulan.
9.Pelajar diminta meneruskan mengenal pasti isi tersirat. Jika masa sudah habis…pelajar diminta membuatnya di rumah.
*Aka ada dua tiga orang pelajar tidak akan dapat menghabiskan menyenaraikan 6 isi tersurat. Guru perku beri peuang kepada seboleh-bolehnya semua melengkapkan kerja supaya mereka terasa diberi perhatian dan tidak diabaikan.
REFLEKSI



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
4.2. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi * Kelas ini ada 2 masa BM  tambahan berbanding 5MPV.
TAJUK PDP
Sambungan Merumuskan karangan.
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menghabiskan kerja merumuskan karangan.
AKTIVITI
1.Pelajar mengemukakan buku latihan di atas meja untuk dilihat dan disemak guru.Pelajar yang tidak siap dan mengemas kini kerja diberi amaran  keras atau denda berdiri 10 minit.
2.Pelajar dalam kumpulan mencari fakta tersirat: Langkah untuk memajukan industry coklat.
3.Pelajar menyatakan jawapan.
4.Guru membimbing pelajar membina ayat yang betul.
5.Guru membimbng pelajar membina penutup rumusan.
REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
5.2.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
  • Hari ini akan digunakan untuk mengajar pdp membina penutup yang tidak habis pada mingu 4.
OBJEKTIF PDP

AKTIVITI
.
REFLEKSI


Minggu Ke 6 (8-12.2.2016) * CUTI SEMESTER REHAT dan CNY

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
8.2.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP

OBJEKTIF PDP
* CUTI SEMESTER REHAT dan CNY
AKTIVITI

REFLEKSI



MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
9.2.2016 (Selasa)
KELAS/MASA

OBJEKTIF PDP
* CUTI SEMESTER REHAT dan CNY
AKTIVITI

REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
10.2. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP

OBJEKTIF PDP
* CUTI SEMESTER REHAT dan CNY
AKTIVITI

REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
11.2. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA

TAJUK PDP

OBJEKTIF PDP
* CUTI SEMESTER REHAT dan CNY
AKTIVITI

REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
12.2.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP

OBJEKTIF PDP
* CUTI SEMESTER REHAT dan CNY
AKTIVITI
.
REFLEKSI



Minggu Ke 7 (15 -198.2.2016) * Minggu CNY
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
15.2.2016 (Isnin)
KELAS/MASA
5K5 (0705-0815), 5MPV (0945-1055)
TAJUK PDP

OBJEKTIF PDP
Guru menghadiri Taklimat Ketua Pusat Mengundi
AKTIVITI
Pilihanraya DUN Sarawak di Dewan Masyarakat Serian
REFLEKSI
Oleh Hj Fakrul Razi (PP Kelantan)


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
16.2.2016 (Selasa)
KELAS/MASA

OBJEKTIF PDP
Guru menghaidiri Taklimat Pusat Mengundi bersama
AKTIVITI
Penolong dan Kerani Tempat Mengundi
REFLEKSI


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
10.2. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
Latihan Tatabahasa – Frasa Kerja (Transitif dan Intransitif.
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat membezakan penggunaan frasa kerja transitif dan rasa kerka  tak transitif.
AKTIVITI
1.Pelajar baca teks dan jawab soalan lisan untuk prapemahaman.
2.Pelajar garis frasa kerja.
3.Guru perjelaskan perbezaan penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
4. Pelajar buat latihan.
* Sementara pelajar buat latihan guru panggil 4 orang pelajar untuk ULBS.
REFLEKSI
Pelajar pada mulanya tidak tahutak ingat akan cara penggunaan frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Selepas penerangan dan beberapa contoh, pelajar dapat sekurang-kurangnya menjawab 15 soalan daripada 20 soalan. Ada 4 orang hanya dapa menjawab 9 soalan dengan betul.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
11.2. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi
TAJUK PDP
Sambungan Latihan Tatabahasa – Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat mengenal pasti fungsi kata kerja transitif dan kata kera tak trasitif melalui latihan penggunaannya.
AKTIVITI
1.Pelajar menjawab soalan latihan bertulis.
2.Pelajar menyatakan jawapan.
3.Pelajar membina ayat spontan dan guru menyediakan kata kerja transitif dan intransitif.
REFLEKSI
Pelajar dapat menangkap maksud transitif dan tak transitif setelah melalui latihan yang banyak. Mereka memahami maksud ‘membincangkan + objek” bukannya ‘membincangkan tenang + objek” seperti dalam membuat rumusan.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
12.2.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
Puisi – Gurindam Beberapa Petua Hidup
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat memprosa dan menjawab soalan pemahaman puisi gurindam.
AKTIVITI
1.Pelajar baca puisi gurindam secara senyap.
2.Berdasarkan puisi gurindam – pelajar menyatakan ciri-ciri gurindam yang dibaca : Pelajar telah diedarkan ciri-ciri gurindam minggu lepas.
3.Pelajar mencari sinonim bagi setiap perkataan dalam rangkap. (Tugasan dibuat dalam kumpulan dua-empat orang)
4.Pelajar menyatakan jawapan.
REFLEKSI
Tiada pelajar dari kedua-dua kelas dapat menytakan ciri gurindam. Nota yang dieikan tidak dibaca langsung.Pelajar tidak ada kamus untuk mencari makna. Akhirnya pelajar cuba cari makna perkataan berdasarkan pengetahauan sedia ada mereka.Pdp masih memuaskan kerana ada pelajar masih dapat memberikan sinonim kepada perkataan yang dalam puisi. Pelajar dpat menjawab soalan.

Minggu Ke 8 (22-26.2.2016)
***ISNIN 20.2.2016 CUTI PERITIWA THUN BARU CINA dan SELASA memang  tiada Kelas BM bagi kedua-dua kelas.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
24.2. 2016 (Rabu)
KELAS/MASA
5K5( 0705-0815 ) & 5MPV (1020-1130)
TAJUK PDP
Pemahaman - Puisi Seloka “Berbuat Istana Zaman…”
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat memprosa puisi dan menjawab soalan pemahaman.
AKTIVITI
1.Pelajar baca puisi.
2.Pelajar ditanya tema seloka – kisah secara umun dan ringkas.: ketaatan rakyat kepada rajanya.
3. Pelajar memberi makna atau kata sinonim kepada perkataan sukar.
4.Guru Tanya soalan pemahaman secara lisan untuk bantu pelajar memahami rangkap rangkap seloka.
5.Pelajar menjawab soalan pemahaman berttulis.
6.Perbincangan.
REFLEKSI
5K5 – hanya 15/29 hadir. Pdp diteruskan. Pelajar hanya mula menulis setelah ditanya guru bertalu-talu. Sebahagian pelajar dapat memberikan kata sinonim dan yang lain (60%) hanya mencatat tanpa mahu berusaha. Guru cuba atasi masalah pelajar  tiada motivasi dengan menyoal pelbagai solan mudah untuk melibatkan pelajar.
5MPV: 19/23 hadir. Pelajar gemar menyampuk dan menjawab soalan tetapi jawapan kurang tepat. Akhirnya guru minta setiap pelajar dikehendaki dalam kumpulan menghuraikan makna beberapa ungkapan yang dinyatakan guru. Pelajar mash kurang mahir menjawab soalan.
=
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
25.2. 2016 (Khamis)
KELAS/MASA
5K5 – 1020-1130 pagi
TAJUK PDP
Memprosakan puisi rangkap pertama
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menukarkan ungkapan puisi ke dalam ayat penuh tanpa menukarkan maksud asal.
AKTIVITI
1.Pelajar dalam kumpulan memberikan kata sinonim pada kata-kata penting.
2.Pelajar menyatakan hasil tugasan.
3.Pelajar bina ayat daripada bait pertama da baut kedua.
4.Seterus aktiviti dilanjutkan untuk bait 3 dan 4.
REFLEKSI
Pelajar dapat membina ayat daripada bait-bait yang berbentuk poin/frasa. Pelajar boleh bercerita berdasarkan prosa yang dihasilkan.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu (Tambahan 2 masa)
TARIKH/HARI
26.2.2016 (Jumaat)
KELAS/MASA
5MPV (0705-0815)
TAJUK PDP
Memprosakan puisi rangkap pertama
OBJEKTIF PDP
Pelajar dapat menukarkan ungkapan puisi ke dalam ayat penuh tanpa menukarkan maksud asal.
AKTIVITI
1.Pelajar dalam kumpulan memberikan kata sinonim pada kata-kata penting.
2.Pelajar menyatakan hasil tugasan.
3.Pelajar bina ayat daripada bait pertama da baut kedua.
4.Seterus aktiviti dilanjutkan untuk bait 3 dan 4.
REFLEKSI
Pdp bagi 5K5 diulang. Pelajar dapat bercerita secara lisan tentang sajak.Pelajar dapat menjawab soalan mudah.