Showing posts with label Feb 2010. Show all posts
Showing posts with label Feb 2010. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

RPH M8: 22-26.2.2010 6AK1

M7: 22-26.2.2010 /rph ..1

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
22.02.2010
Isnin
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Fonologi – Pengenalan
Konsep Fonologi (Fonetik & Fonemik)
Pelajar dapat menyatakan konsep dan definisi fonologi, dan bidang-bidang kajiannya.

Aktiviti

1.Guru menyampaikan penerangan.
2.Soal jawab untuk mengukuh pemahaman.
3.Tugasan: Pelajar diminta membaca keseluruhan bab fonologi.

Refleksi

Guru tidak dapat menyampaikan pelajaran seperti yang dirancang. Beberapa orang pelajar Islam terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran yang dianjurkan SMK Serian. Guru sendiri membantu pengawas mengawal disiplin pelajar. Jumlah guru sit in tidak mencukupi kerana banyak guru terlibat dalam MTQ tersebut.

M8 /rph..2

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
23.02.2010
Isnin
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Analisis Bahasa
Fokus : Frasa Kerja, Frasa Adjektif
Pelajar dapat mengenal pasti kesilapan penggunaan farsaa kerja dan frasa adjektif dan mengulas kesilapan.

Aktiviti

1.Pelajar baca teks dan kenal pasti kesilapan.
2.Pelajar menyatakan sebab silap.
3.Perbincangan.

Refleksi

Beberapa orang pelajar didapati tidak membuat tugasan. Pelajar masih perlu dibantu sepenuhnya dalam mencatatkan ulasan bagi kesilapan analisis kealahan. Usaha untuk pelajar akan terus dibuat untuk membolehkan pelajar dapat menulis ulasan kesilapan dengan tepat.

M8 /rph..3

Tingkatan Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa

Tingkatan 6AK1 Bahasa Melayu 24.02.2010 Rabu 0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Karangan – Sindrom Kemewahan jejas masalah kesihatan
Perbincangan dalam kumpulan
Pelajar dapat mengembangkan isi dalam kumpulan

Aktiviti

1.Kelas dibahagikan kpd 8 kumpulan.
2.Enam kumpulan bincang menghuraikan isi yang berbeza.
3.Dua kumpulan garap 3 isi pertama dan terakhir utk bentang keseluruhan karangan. .
4.Guru bantu kumpulan berbincang.
5. Bentang di depan oleh wakil.

Refleksi

Perbincangan dilaksanakan dengan lancar. Namun pelajar mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan laporan yang lengkap. Akhirnya pembentangan akan dibuat pada 2 Mac 2010.

M8 /rph..4

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
25.02.2010 & 26.02.2010
Khamis & Jumaat
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif


-

Aktiviti

-

Refleksi


Hari Khamis GURU ada temu janji di Hostipal Pakar. Guru sebenarnya sememangnya tiada kelas BM setiap hari Khamis sehinggalah Tingkatan 6R melapor.

Hari JUMAAT ialah CUTI UMUM sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.


* Minggu 7 (15 hingga 19 Februari 2010) ialah Minggu CUTI Tahun Baru Cina, Cuti Berganti, Cuti Peristiwa.

Wednesday, February 10, 2010

RPH Minggu 6 : 8-12.2.2010

M6 /rph... 1

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

8 Februari 2010

Isnin

0945-1055

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Alih Bahasa – Puisi Sajak
Sajak Nasi Lemak
Pelajar dapat menukarkan laras sajak kepada laras bahasa biasa tanpa mengulas, menambah,mengurang dan mermus.



Aktiviti

1.Pelajar baca sajak.
2.Pelajar tukar bait demi bait dan bincang dalam kumpulan empat setempat.
3.Jawapan dibincang bersama guru dan rakan kumpulan lain.
4.Pelajar buat pembetulan.

Refleksi/Catatan

Masih ada sekumpulan kecil pelajar cuba mengulas teks dan merumus dengan memasukkan penanda wacana yang menggambarkan ulasan dan pandangan sendiri.

M6 /rph... 2

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

9 Februari 2010

Selasa

0815-0945

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Pembentangan Tajuk Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Berbahasa – Penggunaan Kata Sapaan/Ganti Diri

Pelajar dapat mengenal pasti konsep Keantunan Berbahasa dalam komunikasi (lisan atau penulisan) dan menggunakannya dalam kegiatan harian.



Aktiviti

  1. Kumpulan membentang tajuk.
  2. Soal jawab dan perbincangan.
  3. Guru rumus dan tambah penerangan.

Refleksi/Catatan

Kumpulan ini tidak menulis dalam Kertas Mahjong. W/bagaimanapun kumpulan menyampaikan pembentangan dgn menggunakan nota yang telah disediakan. Peta minda didapati kemas dan padat dan sistematik. Penyampaian masih baik.

M6 /rph... 3

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

10 Februari 2010

Rabu

0945-1055

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Analisis Teks
Analisis Teks
Pelajar dapat menyatakan ulasan bagi kesilapan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.



Aktiviti

1.Pelajar kenal pasti kesilapan.
2.Pelajar nyatakan keilapan dan pembetulan.
3.Pelajar nyatakan ulasan.
4.Bincang bersama-sama guru.
5.Pelajar buat pembetulan

Refleksi/Catatan

Pelajar dapat mengenal pasti kesilapan namun masih sukar menulis ulasan. Guru memberikan ayat yang mengandungi jenis kesilapan yang sama.

M6 /rph... 4

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

12 Februari 2010

Jumaat

1040-1140

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Analisis Teks (sambungan)
Kesilapan penggunaan frasa sendi nama dan frasa nama.
Pelajar mengenal pasti jenis kesilapan frasa nama dan frasa sendi nama.



Aktiviti

1.Pelajar kenal pasti kesilapan.
2.Pelajar nyatakan ulasan.
3.Perbincangan dan pembetulan bersama.

Refleksi/Catatan

# 10 minit diambil untuk bahagikan tugasan semasa cuti panjang. Tugasan Tutorial (910/1 dan 9910/2)

Pelajar dapat mengenal pasti jenis kesilapan. Penulisan sebab kesilapan masih belum dapat dikuasai.


Friday, February 5, 2010

RPH Minggu 5: 1-6 Februari 2010

M5: /rph..1

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

1 Februari 2010

Isnin

0945-1055

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Perbincangan Tentang Hasil Karangan Memoranda

Menyemak bersama hasil Karangan memoranda

Pelajar dapat menilai dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan binaan perenggan isi karangan rakan yang dijadikan contoh penilian.



Aktiviti

  1. Karangan terpilih difotostat dan diedarkan untuk bahan bincang.
  2. Pelajar nyatakan komen.
  3. Guru rumus dan baiki hasil kerja masing-masing.

Refleksi/Catatan

Sekurang-kurangnya 5 orang pelajar yang mendapati karangan mereka tidak mengandungi ciri-ciri wacana( runtutan) membaiki ciri tersebut. Mereka menunjukkan faham akan maksud wacana karangan yang longgar iaitu tidak utuh. Yang lain turut belajar barangkali.

M5 /rph2

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

2 Februarii 2010

Selasa

0815-0945

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Pembentangan Kumpulan – Retorik

Retorik

Pelajar dapat menyatakan dan memetakan tajuk retorik dengan tepat dan padat.



Aktiviti

  1. Kumpulan membentangkan tajuk Retorik.
  2. Perbincangan dan komen daripada rakan pelajar.
  3. Rumusan daripada guru.
  4. Pelajar perbaiki nota.

Refleksi/Catatan

Kumpulan pembentang telah menunjukkan tuagasan yang baik. Kelemahannya : Tiada contoh jenis retorik disertakan.

M5 /rph3

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

3 Februari 2010

Rabu

0945-1055

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Analisis Teks

Analisis Kesilapan

Pelajar dapat mengenal pasti kesilapan penggunaan kata, frasa dan ayat dalam petikan yang diberikan.



Aktiviti

1. Pelajar meneliti teks dan mengenal pasti kesilapan.

2. Jawapan pelajar dibincangkan

3. Latihan tambahan diberikan jika ada masa.

Refleksi/Catatan

Pelajar hanya dapat membuat 3 soalan daripada 8 soalan. Latihan akan dibincang pada hari Jumaat ini.

M5 /rph..4

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

5 Februari 2010

Jumaat

1045-1155

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Sambungan Analisis Kesilapan

Analisis Teks

Pelajar dapat menyatakan ulasan bagi setiap kesilapan yang dikesan.



Aktiviti

1.Perbincangan. Pelajar bincang danjawab soalan guru.

2.Penerangan.

3.Pelajar buat pembetulan.

Refleksi/Catatan

Sekumpulan kecil pelajar masih sangat sukar untuk menyatakan ulasan kesilapan.

M5 /rph..5

Tingkatan

Mata Pelajaran

Tarikh

Hari

Masa

Tingkatan 6AK1

Bahasa Melayu

6 Februari 2010

Rabu/Sabtu

0945-1055

Tajuk

Sub-tajuk

Objektif

Rumusan

Memahami Petikan dan merumusnya.

Pelajar dapat mengenal pasti isu utama dan isi-isi sokongan utama dan penutup petikan dibaca.



Aktiviti

  1. Pelajar baca petikan.
  2. Pelajar cari isu utama. Bincang dan tulis di papan tulis.
  3. Bincang dari aspek ketepatan.
  4. Pelajar nyatakan isi-isi sokongan dan rasionalnya.
  5. Guru rumus.

Refleksi/Catatan

Pelajar dapat memetik ayat kunci namun beberapa orang pelajar tidak dapat menulis semula ayat tersebut dalam perkataan sendiri atau sekurang-kurangnya menggunakan perkataan yang sama erti. Pelajar berjaya memetik isi sokongan berdasarkan isu utama.