Wednesday, February 24, 2010

RPH M8: 22-26.2.2010 6AK1

M7: 22-26.2.2010 /rph ..1

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
22.02.2010
Isnin
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Fonologi – Pengenalan
Konsep Fonologi (Fonetik & Fonemik)
Pelajar dapat menyatakan konsep dan definisi fonologi, dan bidang-bidang kajiannya.

Aktiviti

1.Guru menyampaikan penerangan.
2.Soal jawab untuk mengukuh pemahaman.
3.Tugasan: Pelajar diminta membaca keseluruhan bab fonologi.

Refleksi

Guru tidak dapat menyampaikan pelajaran seperti yang dirancang. Beberapa orang pelajar Islam terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran yang dianjurkan SMK Serian. Guru sendiri membantu pengawas mengawal disiplin pelajar. Jumlah guru sit in tidak mencukupi kerana banyak guru terlibat dalam MTQ tersebut.

M8 /rph..2

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
23.02.2010
Isnin
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Analisis Bahasa
Fokus : Frasa Kerja, Frasa Adjektif
Pelajar dapat mengenal pasti kesilapan penggunaan farsaa kerja dan frasa adjektif dan mengulas kesilapan.

Aktiviti

1.Pelajar baca teks dan kenal pasti kesilapan.
2.Pelajar menyatakan sebab silap.
3.Perbincangan.

Refleksi

Beberapa orang pelajar didapati tidak membuat tugasan. Pelajar masih perlu dibantu sepenuhnya dalam mencatatkan ulasan bagi kesilapan analisis kealahan. Usaha untuk pelajar akan terus dibuat untuk membolehkan pelajar dapat menulis ulasan kesilapan dengan tepat.

M8 /rph..3

Tingkatan Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa

Tingkatan 6AK1 Bahasa Melayu 24.02.2010 Rabu 0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif

Karangan – Sindrom Kemewahan jejas masalah kesihatan
Perbincangan dalam kumpulan
Pelajar dapat mengembangkan isi dalam kumpulan

Aktiviti

1.Kelas dibahagikan kpd 8 kumpulan.
2.Enam kumpulan bincang menghuraikan isi yang berbeza.
3.Dua kumpulan garap 3 isi pertama dan terakhir utk bentang keseluruhan karangan. .
4.Guru bantu kumpulan berbincang.
5. Bentang di depan oleh wakil.

Refleksi

Perbincangan dilaksanakan dengan lancar. Namun pelajar mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan laporan yang lengkap. Akhirnya pembentangan akan dibuat pada 2 Mac 2010.

M8 /rph..4

Tingkatan
Mata Pelajaran Tarikh
Hari
Masa

Tingkatan 6AK1
Bahasa Melayu
25.02.2010 & 26.02.2010
Khamis & Jumaat
0945-1055

Tajuk Subtajuk Objektif


-

Aktiviti

-

Refleksi


Hari Khamis GURU ada temu janji di Hostipal Pakar. Guru sebenarnya sememangnya tiada kelas BM setiap hari Khamis sehinggalah Tingkatan 6R melapor.

Hari JUMAAT ialah CUTI UMUM sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.


* Minggu 7 (15 hingga 19 Februari 2010) ialah Minggu CUTI Tahun Baru Cina, Cuti Berganti, Cuti Peristiwa.

No comments: