Saturday, April 28, 2012


M 17 (23-27.4.2012)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
16.4.2012 (ISNIN)
KELAS/MASA
4K6– (0705-0815) dan (5K6)1205-1240)
TAJUK
Menghuraikan isi - pernyataan
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat membina ayat topik dan menghuraikannya.
AKTIVITI
1.Guru minta pelajar menyenaraikan cara menghormati guru.
2.Pelajar bina ayat topik bagi isi yang terpilih.
3.Perbincangan.
REFLEKSI
Tiada kelas Tingkatan 4K6. Guru ke klink gigi. Balik jam 9.00 pagi. Hanya 4 orang pelajar tingkatan 5K6 yang dapat membina ayat topik yang bergabung jalin dengan isu utama. Yang lain tidak berjaya. Hari Rabu sambung.

MATA PELAJARAN
Pemulihan Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
17.4.2012 (SELASA)
KELAS/MASA
4K6– (0815-0925), (0945-10.55)
TAJUK
Menghuraikan isi - pernyataan
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat membina ayat topik dan menghuraikannya.
AKTIVITI
1.Guru minta pelajar menyenaraikan cara menghormati guru.
2.Pelajar bina ayat topik bagi isi yang terpilih.
3.Perbincangan.
REFLEKSI
Pelajar mencapai sedikit kemajuan. Pelajar sudah lupa akan maksud ayat topik. Hanya 2 orang saja yang berjaya   membina ayat topik yang betul. Secara keseluruhan pelajar masih memerlukan latihan membina ayat topik dan menghuraikan sisi sekerapnya.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
18.4.2012 (RABU)
RABU
 5K6 (1055-1240)  & 4K6 (11.30-12.40)
TAJUK
KOMSAS- Dua Geliga Hikmat
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menjawab 5 soalan pemahaman.        
AKTIVITI
1.Pelajar membaca hikayat Dua Geliga Hikmat.
2.Soalan-soalan lisan daripadan guru untuk membimbing pelajar mengikuti cerita secara keseluruhan.
Refleksi
Pelajar didapati bosan dan terpaksa membaca. Ada yang tidak membaca langsung. P&P dianggap tidak berjaya.

MATA PELAJARAN
Pemulihan   Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
19.4.2012 (KHAMIS)
KELAS/MASA
 5K6– (1055-11.30) & 4K6 (705-815)
TAJUK
Karangan – Membina Perenggan Isi
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat membina ayat topic dengan tepat, gramatis, dan beruntutan.
AKTIVITI
1.Pelajar bina ayat topik secara individu.
2.Pelajar tulis ayat topik (guru pilih pelajar) di papan tulis.
3.Perbincangan untuk menilai wacana ayat topic pelajar.
4.Pelajar menghuraikan ayat topik.
REFLEKSI
Kaedah ini berjaya menilai kelemahan & kekuatan pelajar secara terperinci.

MATA PELAJARAN
Pemulihan   Bahasa Melayu dab Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
20.3.2012 (JUMAAT)
KELAS/MASA
4K6– (1015-925) –
TAJUK
Ujian Lisan
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar yang diuji dapat bercakap – menghuraikan pernyataan yang diberikan oleh rakan lain.
AKTIVITI
1.Guru meminta pelajar menyenaraikan isi-isi karangan.
2.Pelajar yang disasarkan untuk diuji diminta menghuraikan isi berkenaan.
3. Pelajar lain diminta membantu.
REFLEKSI
Lima orang pelajar (sasaran) dapat menghuraikan pernyataan. Pelajar lain dapat berfungsi meransang pelajar yang diuji bercakap.

No comments: