Wednesday, April 10, 2013

RPH M13 & 14 (25 - 29.3 dan 1-5.4.2013) dan

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
23 Mac  – 31 Mac 2013
KELAS/MASA
5K10 dan  5MPV
TAJUK

HASIL PEMBELAJARAN
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 2013
AKTIVITI

REFLEKSI
Guru menyertai Rombongan 36 orang guru SMK Serian ke Pontianak 24-28 Mac 2013
*Guru tidak ikut serta kerana kemalangan di Semariang Baru pada 29.3.2013.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
1.4.2013
KELAS/MASA
5MPV
TAJUK
Meghuraikan pernyataan yang terdapat dalam petikan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat meghuraikan pernyataan yang terdapat dalam petikan dan membezakan pernyataaan umum dengan huraian yang khusus.
AKTIVITI
1.Pelajar baca petikan yang diedarkan.
2.Pelajar diminta mengenal pasti pernyataan yang menyatakan kesan ketagihan internet. 
3.Pelajar diminta menghuraikan pernyataan. Huraian yang baik dan lemah ditulis di papan tulis.
4.Huraian pelajar dibincangkan dari aspek tautan, runtutan, bermakna, relevanansi, da tatabahasa.
5.Pelajar buat pembetulan.
REFLEKSI
Masih ada 5-7 orang pelajar tidak memahami maksud menghuraikan pernyataan. Ayat yang dibina tidak beruntut tapi hanya bertaut. Runtutan sangat jauh/longgar. Boleh dianggap pernyataan baru. Yang lain menunjukkan faham tetapi ayat masih belum tepat dari aspek diksi.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
2.4.2013Selasa
KELAS/MASA
5K6 /(0815-0925)
TAJUK
Pemahaman Komsas (Pahlawan Buntung)
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 5  soalan mudah dan 1 soalan bercapah.
AKTIVITI
1.Pelajar telah diarahkan membaca teks semasa cuti.
2.Pelajar jawab soalan.
3.Pelajar bentang jawapan.
4.Guru menyemai nilai-nilai dalam cerpen.
5.Perbincangan.
REFLEKSI
Pelajar kelas ini menunjukkan sedikit kemajuan dari aspek perangai. Tidak lagi bersuka-suka semasa P&P. Namun orang yang sama masih sangat berat membuat kerja. Alasan yang diberi….tengah fikir. Belum ada idea.

MATA PELAJARAN
Pemulihan Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
3.4.2013/Selasa
KELAS/MASA
 5K10 (0945-1055)
TAJUK
Pemahaman Komsas (Pahlawan Buntung)

Pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 5  soalan mudah dan 1 soalan bercapah.
AKTIVITI
1.Pelajar telah diarahkan membaca teks semasa cuti.
2.Pelajar jawab soalan.
3.Pelajar bentang jawapan.
4.Guru menyemai nilai-nilai dalam cerpen.
5.Perbincangan.
REFLEKSI
Hanya 10 orang yang mahu menyertrai P&P. Jumlah ini bertambah dari masa-masa yang lalu. 15 (tak masuk 6 TH) orang yang lain tidur dan memilih untuk tidur. Guru mati akal untuk memujuk mereka belajar. Mereka Cazzamarick, Astonton, Phang Shin Chiet, Antonio, Jong Shin Nin, Jelani, Dumsom, dll.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
4.4.2013/Rabu
KELAS/MASA
5K10  (0705 -0815)
TAJUK
Ulangan Pemahaman Pahlawa Buntung
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar membaca cerpen sehingga habis.
AKTIVITI
1.Kelmarin pelajar dipesan membaca.
2.Pelajar jawab soalan-soalan mudah untuk memastikan mereka ad abaca.
3.Jawapan dibincangkan.
REFLEKSI
Pelajar yang sama/yang tidur tidak mahu ikut serta dalam P&P. Mereka memilih tidur. Yang mahu belajar dibimbing mencari jawapan. Mereka menunjukkan respon (membaca).

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
4.4.2013/Rabu
KELAS/MASA
5MPV  (0945-1055)
TAJUK
Ulangan Pemahaman Pahlawan Buntung
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar membaca cerpen sehingga habis.
AKTIVITI
1.Kelmarin pelajar dipesan membaca.
2.Pelajar jawab soalan-soalan mudah untuk memastikan mereka ada baca.
3.Jawapan dibincangkan.
REFLEKSI
5 orang pelajar dikesan lambat dalam pembacaan. Soalan-soalan mudah pun ada yang tidak betul dijawab. Pelajar yang lain menunjukkan pencapaian yang baik.


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
5.4.2013/Khamis
KELAS/MASA
5MPV(0815-0945)
TAJUK
Tatabahasa: Ayat Pasif Biasa dan Ayat Pasif Songsang
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar menulis ayat pasif biasa dan ayat pasif songsang dan mengena;l pasti variasi bahasa.
AKTIVITI
1.Pelajar baca petikan yang diedarkan.
2.Pelajar mengenal pasti kata kerja aktif dan pasif.
3. Pelajar menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
4.Pelajar membina ayat sendiri (ayat pasif sususnan biasa dan songsang.
REFLEKSI
Pelajar tiada masalah besar untuk menyatakan dan menulis latihan yang diberikan. Ada 5 orang yang agak lambat memahami arahan dan penerangan. Rakan membantu mereka. Masalah selesai..

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
5.4.2013/Khamis
KELAS/MASA
5K10 (1130-1240)
TAJUK
Tatabahasa: Ayat Pasif Biasa dan Ayat Pasif Songsang
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar menulis ayat pasif biasa dan ayat pasif songsang dan mengena;l pasti variasi bahasa.
AKTIVITI
1.Pelajar baca petikan yang diedarkan.
2.Pelajar mengenal pasti kata kerja aktif dan pasif.
3. Pelajar menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
4.Pelajar membina ayat sendiri (ayat pasif sususnan biasa dan songsang.
REFLEKSI
Latihan 4 tidak dapat dilakasnakan kecualioleh seorang iaitu Tracy. Guru hanya melatih tubi latihan 2 dan 3 sahaja.

No comments: