Monday, July 23, 2012

RPH Minggu 29


Minggu 29 (16-20.7.2012)

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
9.7.2012 (ISNIN)
KELAS/MASA
4K6 – 0705-0815 & 5K6 (815-925)
TAJUK
Sambungan – Menghuraikan Ayat Topik
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menulis ayat topic yang gramatis dan menghuraikan ayat topic tersebut.
AKTIVITI
1.Pelajar menulis ayat topik. Ayat topik diperbaiki dari aspek tatabahasa dan keutuhannya.
2.Pelajar menghuraikan ayat topik.
3.Ayat huraian pelajar dibincangkan dan dinilai.
REFLEKSI
Hanya 6 – 8 pelajar dari kedua-dua kelas bersedia untuk berusaha membuat latihan. Yang lain tetap memilih untuk mennunggu dan menyalin jawapan.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu & Pemulihan BM
TARIKH/HARI
10.7.2012 (SELASA)
KELAS/MASA
5K6 (0705-0815) & 945-1020)
TAJUK
KOMSAS – Kabus Di Perbukitan
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menceritakan sinopsis novel yang di kaji.
AKTIVITI
1.Pelajar menyalin synopsis yang ditulis di papan tulis.
2.Selepas 40 minit menyalin, guru minta pelajar bercerita berdasarkan rumusan yang ditulis tadi.
3.Guru bertanyakan soalan berdasarskan synopsis.
REFLEKSI
Pelajar didapati memberi respon yanmg sangat baik kepada aktiviti menyalin malah mahu bercerita. Didapati pelajar dapat bercerita sedikit sebanyak. Hanya 5 orang pelajar yang sudah habis membaca novel yang dikaji.

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
11.7.2012 (RABU)
RABU
 4K6 (0945-1040)
TAJUK
KOMSAS – Hikayat Indera Nata
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman.
AKTIVITI
1.Pelajar telah diarahkan supaya membaca sehari sebelum p&p.
2.Pelajar menyambung cerita guru.
3.Pelajar jawab soalan lisan.
Refleksi
Pelajar yang masih belum membaca didapati mula membaca. Yang sudah membaca ternyata dapat menjawab soalan.

MATA PELAJARAN
Pemulihan   Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
12.7.2012 (KHAMIS)
KELAS/MASA
 4K6– (0705-0815) & 5K6 (945-1020)
TAJUK
Sambungan – Pemahaman Prosa Klasik Indera Nata
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar  dapat menjawab soalan pemahaman.
AKTIVITI
1.Pelajar membaca petikan yang ditetapkan.
2.Pelajar jawab soalan latihan.
3.Jawapan pelajar diperbincangkan.
Refleksi
Pelajar masih lemah menjawab soalan pemahaman terutama berkenaan dengan struktur ayat jawapan yang diberikan pelajar.



MATA PELAJARAN
Pemulihan   Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu
TARIKH/HARI
12.7.2012 (Jumaat)
KELAS/MASA
 4K6– (0705-0815) & 5K6 (945-1020)
TAJUK
Pemahaman – Petikan Umum
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman.  
AKTIVITI
1.Pelajar baca petikan.
2.Pelajar jawab soalan.
3.Jawapan pelajar dibincangkan dari aspek tatabahasa dan ketepatan jawapan.
Refleksi
Hanya 7-8 pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat dan menunjukkan peningatan.

No comments: