Monday, January 16, 2012

rph M 2 (9-12.1.2012)

MATA PELAJARAN

Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

9.1.2011 (ISNIN)

KELAS/MASA

4K6– (0845-0925) dan 5K6

TAJUK

Sambungan: Membina Perenggan Pendahuluan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membina ayat-ayat yang gramatis ,membina ayat sebagai latar belakang dan membina isu utama dalam perenggan pendahuluan.

AKTIVITI

1.Guru memberikan soalan: Soalan Tg 4 Akhir Tahun
2.Pelajar menulis pendahuluan.
3.Pelajar menulis hasil di papan tulis.
4.Guru menyemak hasil kerja pelajar di papan tulis.
5.Guru menyemak kerja pelajar lain secara indvidu.

REFLEKSI

Kedua-dua kelas memberi resppon yang baik walaupun Kelas Tingkatan 5K6 agak lambat.

MATA PELAJARAN

Pemulihan Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

10.1.2012 (SELASA)

KELAS/MASA

4K6– (0945-1055)

TAJUK

Komsas: Pantun Empat Kerat – MS5 Harga Remaja – Sasbadi 37

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dan membina ayat gramatis.

AKTIVITI

1.Pelajar baca pantun.
2.Guru Tanya soalan tentang ciri-ciri pantun ; rangkap, suku kata, maksud kata dan maksud bait.
3.Gerak kerja bertulis dan semak dalam kelas.

REFLEKSI

P&P Komsas ini merupakan pelajaran yang pertama, pelajar didapati berminat belajar. Pelajar Melayu yang seramai 9 orang agak rendah pencapaiannya. Ayat yang dibina selalunya tidak gramatis.

MATA PELAJARAN

Pemulihan Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

10.1.2012 (SELASA)

KELAS/MASA

5K6– (1055-1130)

TAJUK

Komsas: Pantun Eam Kerat – Dirgahayu MS5; Federal MS65

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman dan membina ayat gramatis.

AKTIVITI

1.Pelajar baca pantun.
2.Guru Tanya soalan tentang ciri-ciri pantun ; rangkap, suku kata, maksud kata dan maksud bait.
3.Gerak kerja bertulis dan semak dalam kelas.

REFLEKSI

Pelajar sudah lupa akan cirri pantun namun masih berminat belajar. Guru bertegas dengan memastikan beberapa orang pelajar lelaki yang cuba tunjuk perangai.

MATA PELAJARAN

Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

11.1.2012 (RABU)

RABU

4K6–(705-815) dan 5K6 (1130-1240)

TAJUK

Sambungan pantun: Latihan menjawab soalan pemahman KOMSAS

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menjawab soalan pemahaman KOMSAS seperti kehendak SPM.

AKTIVITI

1.Soalan tambahan berdasarkan pantun KOMSAS diberikan kepada pelajar.
2.Pelajar jawab soalan secara lisan dan bertulis.
3.Guru menyemak dan menerangkan cara menjawab soalaan tersebut. (Konsep nilai, persoalan dan pengajaran dalam KOMSAS memerlukan teknik semasa menjawab soalan tersebut.)

REFLEKSI

Pelajar 4K6 menunjukkan minat belajar. Ada 3-4 orang dilihat kurang berminat mendengar tetapi masih membuat latihan.

Pelajar 5K6 dilihat melupai teknik menjawab soalan pemahaman KOMSAS. P&P ini Berjaya mengajak mereka mengingat semula teknik yang sepatutnya telah diajarkan guru mereka.

MATA PELAJARAN

Pemulihan Bahasa Melayu dab Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

12.1.2012 (KHAMIS)

KELAS/MASA

5K6– (1055-1240) – 3 masa

TAJUK

Membina ayat menggunakan perkataan yang diberikan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membina ayat yang gramatis dan bermakna dengan menggunakan perkataan – (leksikografi)

AKTIVITI

1Pelajar menambahkan imbuhan kepada perkataan yang diberikan (jauh).
2.Pelajar bina ayat menggunakan ‘jauh’ dalam ayat.
3.Guru semak contoh-contoh lemah di papan tulis untuk kongsi pengetahuan.
4.Pelajar bina ayat-ayat seterusnya. (menjauhkan, menjauhi, berjauhan, sejauh, jauhkan)
5.Guru semak dalam kelas dan menerangkan konsep subjek dan predikat termasuk keterangan dalam ayat yang diberikan.

REFLEKSI

Pelajar membuat latihan yang diberikan. 60% pelajar menunjukkan hasil kerja yang baik. 35% perlu dibaiki dan diterangkan kelemahan mereka. 2 orang pelajar sangat lemah malah hanya menyalin kerja kawan. Dari segi disiplin, kelas ini cukup baik.

MATA PELAJARAN

Pemulihan Bahasa Melayu dab Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

13.1.2012 (JUMAAT)

KELAS/MASA

4K6– (0815-0925

TAJUK

Sambungan Membina Perenggan Pendahuluan

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat mengukuh pemahaman tentang konsep menulis perenggan pendahuluan yang mengikut wacana yang baik dan utuh.

AKTIVITI

1.Pelajar diberikan gambar rajah.
2.Pelajar diminta menyatakan maksud soalan.
3.Pelajar diminta minta menyenraikan ciri-ciri seklah impian.
4.Pelajar dimaklumkan bahawa cirri itu ialah isi karangan bukan pendhuluan.
5.Pelajar bina perenggan pendahuluan.
6.Guru ambil contoh yang ada kelemhan untuk diperbetulkan di papan tulis. Pelajar lain belajar melalui penyemakan.
7.Guru semak hasil kerja pelajar secara indiividu.

REFLEKSI

Masih ada 7 orang murid menulis pendahuluan yang bercampur isi karangan waklaupun sudah diperjelaskan. Pelajar tersebut diminta membuat pembetulan. Walau apapun P&P dianggap berjaya mencapai objekltif.

No comments: