MINGGU 15 (11 – 15 APRIL 2011)
MATA PELAJARAN | Bahasa Melayu |
TARIKH/HARI | 11.4.2011 ( ISNIN) |
KELAS/MASA | 4K8– (0815-0925) |
TAJUK | Membina Ayat |
HASIL PEMBELAJARAN | Pelajar dapat membina ayat mudah dengan menggunakan perkataan yang disediakan. |
AKTIVITI | 1.Pelajar membaca perkataan yang diberikan. |
ABM | - |
REFLEKSI | P&P di atas masih sukar diadakan. Untuk memulakan sesi P&P sahaja guru memerlukan 10 minit untuk mententeramkan keadaan pelajar. 7 orang datang lewat dari tandas. Ada 5 kumpulan giat aktif dengan cerita mereka sendiri. Mereka seolah-olah tidak melihat kewujudan guru di depan. Hanya 4 orang pelajar sahaja yang dapat berkomunikasi dengan guru. Yang lain bercakap dan hanya bersedia untuk menyalin jawapan di papan tulis. |
MATA PELAJARAN | BAHASA MELAYU |
TARIKH | 12.4.2011 (SELASA) |
KELAS/MASA | 4K8 – (0945-1055) |
TAJUK | Tatabahasa : Kesilapan tatabahasa |
HASIL PEMBELAJARAN | Pelajar dapat menyalin ayat dengan betul dan dapat mengesan kesalahan penggunaan kata dalam ayat. |
FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN | |
AKTIVITI | 1.Pelajar menyalin latihan. |
SISTEM BAHASA | Morfologi |
REFLEKSI | Pelajar dapat juga mengesan kesilapan yang mudah tetapi tidak tahu hendak menulis jawapan. |
MATA PELAJARAN | BAHASA MELAYU |
TARIKH/HARI | 6.4..2011 ( RABU) |
KELAS/MASA | 4K8– (10.20-11.30), 4K4 – (0815-0925) |
TAJUK | Membina Perenggan Karangan |
HASIL PEMBELAJARAN | Pelajar dapat memibina ayat dan membentuk perenggan karangan. |
AKTIVITI | 1.Guru bina ayat di papan tulis. Sungai Sadong di Serian sudah tercemar. |
ABM | Contoh di papan tulis |
REFLEKSI | Pelajar tahu mengenal pasti diksi yang berkaitan perkataan ‘tercemar’ dan guru membantu pelajar membina ayat. Kelas 4K4 lbih aktif dan dapat membina ayat sendiri kecuali dua tiga orang. Kelas 4K8 bergantung terus kepada guru. |
MATA PELAJARAN | BAHASA MELAYU |
TARIKH | 14.4.2011 ( KHAMIS) |
KELAS/MASA | 4K8– ( 1055-1240 ) dan 4K4 0705-0815) |
TAJUK | KOMSAS – Syair Definisi Orang Berakal |
HASIL PEMBELAJARAN | Pelajar dapat membaca syair mengikut cara yang indah. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang disediakan. |
AKTIVITI | 1.Pelajar baca senyap petikan. |
SISTEM BAHASA | Ayat Subjek dan Predikat |
REFLEKSI | P&P di kelas 4K8 tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Pelajar tidak mahu belajar tapi rela menyalin jawapan sahaja. Seorang pelajar marah apabila diminta duduk bukannya berbaring. Guru nyaris hilang sabar apabila pelajar tersebut tidak mahu diarahkan berdiri di depan atas kesalahannya Sebaliknya dia memperlihatkan mata dan hatinya yang marah. P&P di 4K4 masih baik walaupun pencpaian masih kurang. |
MATA PELAJARAN | BAHASA MELAYU |
TARIKH | 15.4.2011 (JUMAAT) |
KELAS/MASA | 4K4– (0945-1055) |
TAJUK | Tatabahasa : Kesilapan tatabahasa |
HASIL PEMBELAJARAN | Pelajar dapat menyalin ayat dengan betul dan dapat mengesan kesalahan penggunaan kata dalam ayat. |
AKTIVITI | 1.Pelajar menyalin latihan. |
SISTEM BAHASA | Morfologi |
REFLEKSI | Pelajar dapat mengenal pasti kesilapan tetapi tidak tahu membetulkannya. Guru cuba menerangkan sebab kesilapan. |
No comments:
Post a Comment