Thursday, May 26, 2011

RPH M21 (23- 27.2011)

MINGGU 21 ( 23 – 27 MEI 2011) * Minggu Terakhir Sebelum Cuti Sem 1

MATA PELAJARAN

Bahasa Melayu

TARIKH/HARI

23.5.2011 ( ISNIN)

KELAS/MASA

4K8– (0815-0925)

TAJUK

Pembetulan Kertas Bahasa Melayu 1103/1

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membina ayat-ayat untuk memulakan jawapan bagi soalan 1 dalam Kertas 1103/1

AKTIVITI

1.Pelajar diajak membaca soalan pada Kertas Soalan 1103/1 bahagian A.
2. Pelajar membina ayat pertama untuk memulakan karangan.
3.Pelajar membina ayat topic untuk mengungkapkan isi pertama.
4.Pelajar membina ayat kedua untuk menjlaskana ayat topic.
5.Ulang langkah 2-3.
6.Guru membimbing untuk memastikan pelajar berpeluang membina ayat sendiri.

ABM

REFLEKSI

20 minit pertama guru mengambil kesempatan menguji ULBS tiga orang pelajar yang sangat sukar dikawal selia. Selepas miit kedua puluh, guru cuba sedaya upaya mengajak pelajar belajar. Untuk setengah jam pertama pelajar tidak mengindahkan guru di depan. Akhirnya guru mengambil langkah berbual-bual dengan satu kumpulan. Mereka seronok namun kumpulan yang lain seronok pada perkara lain pula. Ksimpulannya, mereka tidak mahu belajar pada masa ini.

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

23.5.2011 (SELASA)

KELAS/MASA

4K8 – (0945-1055)

TAJUK

Sambungan Pembetulan (sambungan P&P kelmarin)

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membaca arahan dan menulis jawapan mengikut arahan dalam soalan.

AKTIVITI

1.Pelajar dan guru baca arahan.
2.Pelajar bina ayat untuk memulakan deskripsi bahan grafik (soalan).
3.Pelajar membin ayat untuk mengungkapkan isi pertama.
4.Pelajar membina ayat huraian kepada isi pertama.
5.Ulang Langkah 3-4.
6.Guru memastikan pelajar membuat kerja.

REFLEKSI

P&P di atas mencapai sedikit kemajuan. Pelajar yang sama sahaj yang mahu belajar. Yang lain dengan perangainya.

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH/HARI

25.5.2011 ( RABU)

KELAS/MASA

4K8– (10.20-11.30), 4K4 – (0815-0925)

TAJUK

Pembetulan Karangan Kertas 1103/1

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membina ayat topik dan menghuraikan ayat topik .

AKTIVITI

1.Pelajar membina ayat topik.
2.Pelajar menghuraikan ayat topik.
3.Guru pantau setiap ayat pelajar dari meja ke meja.

ABM

REFLEKSI

Langkah 1-2 tidak begitu berjaya dilaksanakan walaupun di Tingkatan 4K4. Guru sendiri membina ayat-ayat dalam pengenalan dan perenggan isi. Pelajar diminta menokok tambah perkataan dan menyatakan fungsi setiap ayat: Ayat yg manakah berfungsi sebagai latar belakang, isu utama ayat topik dan huraian.

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

26.5.2011 ( KHAMIS)

KELAS/MASA

4K8– ( 1055-1240 ) dan 4K4 0705-0815)

TAJUK

Sambungan Membina Perenggan Isi dalam Pembetulan 1103/1

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membina ayat topik yang berkohsif dengan prnggan sebelum. Pelajar dapat menghuraikan isi sehingga utuh.

AKTIVITI

1.Pelajar bina topik.
2.Guru-pelajar menilai aspek tatabahasa ayat dan relevansi topik.
3.Pelajar bina ayat untuk menghuraikan ayat topik.
4.Guru menilai ayat yang dibina pelajar.
5.Guru pantau kerja pelajar.

SISTEM BAHASA

REFLEKSI

P&P di kelas Tg 4k4 sangat berjaya. Pelajar dapat membina ayat huraian. P&P di Tg. 4k8: Pelajar masih sukar untuk dipujuk belajar..

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

27.5.2011 (JUMAAT)

KELAS/MASA

4K4– (1040-1130)

TAJUK

Ujian Lisan Untuk Kumpulan 5

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar menyampaikan rumusan dan pelajar lain mendengar dan meenilai penyampai rumusan.

AKTIVITI

1.Pelajar menyampai cerita atau rumusan (tugasan rumah).

2.Pelajar lain mendengar dan menyatakan penilaian terhadap penyampai.
3.Guru menilai kumpulan penyampai .

REFLEKSI

Ujian Lisan dapat dilaksanakan. Guru juga memberi tugasan kepada pelajar: Peranan Ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak.


SELAMAT BERCUTI: CUTI SEMESTER
DARI 28.5.2011 HINGGA 12.6.2011

No comments: